REEN HANEKONMA WRITES
Lifestyle, Health & Wellness, Bookies, Foodies and Beauty with Reen Hanekonma
Selasa, 27 Mei 2025
ANTARA UJIAN DAN TAKDIR
Jumaat, 17 September 2021
HARI VAKSINASI SAYA!
Alhamdulillah. Finally saya lengkap divaksinasi.
Sebagai seorang Tyrapanophobia tidak tenteram rasanya apabila membayangkan jarum suntikan. Ngeri! Kalau diberi pilihan, saya tidak mahu melalui fasa cucuk-cucuk jarum tapi apakan daya kita disaran untuk mengambil vaksin bagi tujuan perlindungan diri.
Apabila kerajaan membuat pengumuman agar semua rakyat Malaysia mendaftar dalam aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin, saya mungkin merupakan antara ribuan manusia yang ragu-ragu akan keberkesanan vaksin terhadap tubuh manusia. Tetapi itu tidak bermaksud saya menolak mentah-mentah untuk divaksin. Cuma pada waktu itu kita sering dimomokkan oleh pelbagai berita kesahihan kandungan dan kesan sampingan vaksin lantas ia sedikit sebanyak menimbulkan keraguan dalam diri.
Pengalaman Dos Pertama.
Setelah menunggu hampir 4 bulan selepas mendaftar, tanggal 20 Julai 2021 saya berjaya mendapatkan dos pertama Pfizer-BioNTECH di UiTM Private Specialist Centre, Sg. Buloh. Untuk pengetahuan semua, tarikh tersebut merupakan sambutan Hari Raya Aidiladha. Saya pula dengan penuh debaran menyambut raya haji dengan menerima suntikan vaksin.
![]() |
| UiTM Private Specialist Centre, Sg. Buloh |
Menurut rekod janji temu, saya perlu berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tersebut pada jam 11 pagi. Tepat jam 10.30 pagi saya tiba di lokasi. Mujur lokasi PPV lebih kurang 5km sahaja dari rumah. Jangkaan saya ramai orang pada hari tersebut, jadi perlu sampai awal untuk mengelakkan kesesakan dan sebagainya. Ternyata jangkaan saya meleset sama sekali, lokasi PPV ini tidak sesak dan pengurusan prosedur vaksin pun sangat teratur. Kawasan lot parkir juga turut disediakan. Pendek kata, perkhidmatan yang disediakan di PPV tersebut sangat selesa dan bersistematik. Anggaran masa untuk segala prosedur sangat pantas dan saya selesai divaksinasi tepat jam 11.30 pagi.
![]() |
| Borang Persetujuan Suntikan Vaksin |
Pengalaman Dos Kedua.
10 Ogos 2021 di lokasi yang sama, jam 11 pagi merupakan hari saya menerima dos yang kedua. Kebetulan tarikh itu hari cuti umum. Hari umat islam menyambut Awal Muharam yang merupakan permulaan tahun baharu dalam kalendar islam. Saya sampai di PPV tersebut tepat jam 11 pagi. Everything went well. Proses yang sangat teratur dan pantas. Saya selesai divaksin jam 11.30 pagi.
Kesan sampingan untuk dos yang kedua hampir sama dengan dos pertama. Cuma dos yang kedua ini saya mengalami sakit kepala yang agak kuat dan berlarutan selama 2 hari. Of course sakit di tempat yang kena jabbed lebih kurang 4 hari dan feeling sleepy again. Saya perbanyakkan minum air masak, mengambil supplement yang saya amalkan seperti biasa dan banyakkan rest. Rutin harian saya untuk seminggu adalah rehat dan tidur.
Terima kasih diucapkan kepada petugas barisan hadapan dan petugas sukarelawan di PPV UiTM Private Specialist Centre, Sg Buloh di atas layanan yang baik dan perkhidmatan yang diberikan.
![]() |
| THIS GIRL IS ON PFIZER! |
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan cintakan negara, marilah kita bersama-sama mendaftar untuk mengambil vaksin Covid-19 agar negara dapat mencapai imuniti kelompok kerana ianya bukan hanya dapat melindungi individu yang telah divaksin, tetapi juga melindungi orang di sekeliling kita.
Pengambilan vaksin ini adalah sebahagian ikhtiar untuk kita lindung diri daripada Covid-19, kuasa Allah SWT jua Yang Maha Menyembuhkan. Semoga virus Covid-19 lenyap dari muka bumi dan Malaysiaku segera pulih seperti sediakala.
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
Rabu, 1 September 2021
TIPS BERCINTA DENGAN BUKU.
- Mudah berempati dan bersikap memahami.
- Mempunyai perspektif dan pendapat sendiri.
- Hadiah buku cukup membuatkan mereka bahagia.
Isnin, 30 Ogos 2021
ALKISAHNYA YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL - ALL TIME FAVOURITE KIT.
Mesti semua tahu produk Young Living (YL) yang diasaskan oleh pasangan D.Gary Young dan Mary Young yang merupakan peneraju dan pakar dalam dunia mimyak pati. Jenama Young Living ini telah pun bertapak di Amerika Syarikat sejak tahun 1993.
Sejak pandemik, saya perhatikan produk ini semakin popular dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Saya juga tidak terkecuali. Sebenarnya dah lama saya mengikuti Young Living Essential Oil ini cuma belum ada rezeki untuk memiliki kata orang.
Saya start terjebak dengan YL bila family members saya keep updated on social media tentang produk ini. Mereka merupakan pengguna tegar dan members YL juga. Hari- hari dok tengok posting mereka akhirnya saya kecundang jua.
Bagaimana akhirnya saya dapat beli dan jadi ahli YL? Nak dijadikan cerita pada April 2021, YL ada buat promo "All Time Favourite_Kit" Limited Edition sempena nak raya masa tu, dengan harga RM590 sekali dengan free membership enrolment. Deal punya deal dan akhirnya produk pun sampai ke pangkuan saya. Punya la excited kan. Saya kongsikan video unboxing my All Time Favourite Kit di bawah.
Isnin, 23 Ogos 2021
SELAMAT HARI LAHIR, ANAKANDA.
Ini merupakan posting pertama saya since saya cuba berjinak-jinak dalam dunia blogger. Tak sangka blog saya dah wujud tanpa sebarang content sejak tahun 2018. Saya terlepas pandang dan betul-betul terlupa. Barangkali disebabkan faktor usia.
Hari ini, Allah gerakkan hati saya untuk menulis kebetulan pula sama dengan tarikh hari lahir anakanda saya. Maka terhasillah posting yang tak seberapa ini. Mungkin juga dengan permulaan posting ringkas ini menjadi asbab untuk saya terus berkecimpung aktif dalam dunia blogger.
23 Ogos tarikh yang cukup istimewa. Tarikh yang dinanti saban tahun. Tarikh rasmi saya bergelar Mommy tatkala usia 24 tahun. Masih terlalu muda kata orang. Lazimnya sewaktu usia begini anak-anak gadis masih lagi berhempas pulas di menara gading atau mungkin juga gigih membina kerjaya tapi saya pula dah bergelar Mommy.
Syukur atas rezeki yang dikurniakan. Antara tips menjemput rezeki ialah sentiasa bersyukur. Allah menjelaskan dalam al-Quran, bahawa adalakanya rezeki itu datang kerana sifat syukur. Manusia yang bersyukur akan sentiasa merasa cukup. Dikurniakan anak juga salah satu bentuk rezeki. Rezeki, jodoh, ajal telah ditentukan Allah SWT semasa kita berada dalam kandungan lagi. Walaubagaimanapun Allah SWT tidak menghalang kita sebagai manusia untuk berikhtiar, berusaha sebelum tawakal. Proud to be Mommy muda!
23 Ogos 2021, genap usia anakanda 15 tahun. Teringat kata-kata beliau tempoh hari, beliau bukan lagi kanak-kanak tapi sudah pun remaja. Spontan saya ketawa. Masa berlalu pantas. Terasa beliau masih kecil di mata saya. Naluri mak-mak kan. Sedewasa mana seorang anak, mereka tetap kecil dimata seorang ibu. Sepanjang 15 tahun ini, pelbagai pahit manis, liku-liku kehidupan telah kami berdua hadap dengan tenang. Saya percaya anakanda saya cukup memahami apa jua situasi yang berlaku di persekitarannya. Bukankah pengalaman itu mematangkan seseorang?
Tahun ini masih berkesempatan untuk menyambut hari lahir beliau. Cuma sambutan pada tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Sambutan yang serba sederhana. Hanya kami berdua sahaja yang kebiasaannya dirai dengan keluarga besar di kampung, tetapi tiada rezeki tahun ini kerana kita masih lagi terikat dengan PKP. Situasi pandemik kini amat mencabar. Pandemik mengajar kita untuk jadi bersederhana dan bersyukur dalam segala hal. Sesungguhnya saya merindui kehidupan normal. Tapi apakan daya kita disaran untuk harus menerima budaya norma baharu dalam kehidupan seharian kita. Tanpa sedar, hampir 2 tahun pandemik melanda dunia kan?
Wajib ke sambut hari lahir? Salah ke kalau tak dirai? Terpulang pada pandangan masing-masing. Bagi saya ini adalah salah satu cara kita menunjukkan sikap berkasih sayang. Meraikan hari istimewa insan-insan penting seperti ibu bapa, suami, anak, keluarga mahupun teman-teman adalah tanda kita menghargai kewujudan mereka dalam kehidupan kita.
Apa perancangan tema hari lahir anakanda tahun ini? Tiada perancangan yang spesifik. Cukup sekadar acara potong kek, bergambar dan makan-makan bersama. Oh tak lupa juga membuat panggilan video pada keluarga besar di kampung untuk menceriakan suasana. Tidaklah janggal sangat. Walhal dah biasa candle-light dinner berdua.
Sempena genap 15 tahun usia anakanda, tiada yang lain diharapkan dari seorang yang bergelar Mommy untuk satu-satunya buah hati pengarang jantung. Tiada ucapan yang lebih indah, semoga anakanda saya dikurniakan akhlak yang baik, hati yang terang, kesihatan yang baik dan rezeki yang berpanjangan. Semoga segala doa, hajat dan impian anakanda dikabulkan Allah SWT jua.
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-15 MUHAMMAD FARHAN!
-
Ini merupakan posting pertama saya since saya cuba berjinak-jinak dalam dunia blogger . Tak sangka blog saya dah wujud tanpa sebarang conte...
-
Alhamdulillah. Finally saya lengkap divaksinasi. Sebagai seorang Tyrapanophobia tidak tenteram rasanya apabila membayangkan jarum sunt...
-
Lamanya tidak menjengah ruangan blog ini, berhabuk ditinggalkan bertahun-tahun. Yelah, nak mengarang, mencari idea, bukan mudah. Hari ini, h...
-
Baca buku? Ramai yang bosan bila dengar perkataan baca buku. Mungkin ada juga yang berpendapat budaya membaca buku tidak lagi releven untuk ...
-
Mesti semua tahu produk Young Living (YL) yang diasaskan oleh pasangan D.Gary Young dan Mary Young yang merupakan peneraju dan pakar da...





