Isnin, 30 Ogos 2021

ALKISAHNYA YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL - ALL TIME FAVOURITE KIT.

Mesti semua tahu produk Young Living (YL) yang diasaskan oleh pasangan D.Gary Young dan Mary Young yang merupakan peneraju dan pakar dalam dunia mimyak pati. Jenama Young Living ini telah pun bertapak di Amerika Syarikat sejak tahun 1993. 

Sejak pandemik, saya perhatikan produk ini semakin popular dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Saya juga tidak terkecuali. Sebenarnya dah lama saya mengikuti Young Living Essential Oil ini cuma belum ada rezeki untuk memiliki kata orang. 

Saya start terjebak dengan YL bila family members saya keep updated on social media tentang produk ini. Mereka merupakan pengguna tegar dan members YL juga. Hari- hari dok tengok posting mereka akhirnya saya kecundang jua.

Bagaimana akhirnya saya dapat beli dan jadi ahli YL?  Nak dijadikan cerita pada April  2021, YL ada buat promo "All Time Favourite_Kit" Limited Edition sempena nak raya masa tu, dengan harga RM590 sekali dengan free membership enrolment. Deal punya deal dan akhirnya produk pun sampai ke pangkuan saya. Punya la excited kan. Saya kongsikan video unboxing my All Time Favourite Kit di bawah. 


Antara item yang saya terima semestinya Sweet Aroma Diffuser dan 3 botol Essential Oil (5ml each bottle) - Lavendar (paling favourite), Spearmint dan R.C. Lain-lain produk boleh refer seperti dalam video. 

Ada apa dengan EO ni? Kalau nak diikutkan lambakan Essential Oil lain-lain jenama di pasaran. Tapi kenapa Young Living punya EO dicari-cari? Di sini saya kupas serba sedikit mengikut pengalaman saya menggunakan EO sedia ada.

Lavendar. 
Bau lavender ni memang menyamankan. Katanya mampu memberi tidur yang lena. Saya titiskan ke dalam diffuser dan guna sewaktu nak tidur. It's work. Bila tubuh dan otak kita penat setelah seharian bekerja dan menguruskan rumah inilah masanya kita nak dapatkan tidur yang lena tanpa memikirkan semua stress dan penat yang kita hadap. Kesannya bagi saya yang baru nk berjinak-jinak dengan EO ni memang superb. Saya cuba gunakan di kulit dengan sapukan sedikit di tempat yang tumbuh jerawat. Dalam masa tiga hari jerawat mula kecut. Terbukti Lavendar EO ini selain memjadi penawar setelah melalui hari-hari yang sukar, ia juga mampu memelihara kulit kita. Teruja kan ? 

Seterusnya, 

Spearmint. 
Aroma spearmint pun nyaman sejuk. Bau pudina dan buah-buahan tetapi lebih lembut dari Peppermint.
Adakalanya saya campurkan lavendar dan spearmint semasa tidur dan ini akan memberikan kesan tidur yang berkualiti dan mendorong kita mendapatkan pernafasan yang lebih baik. Bau spearmint sangat segar umpama macam baru lepas gosok gigi. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan mood dan memberi ketenangan pada emosi. 

Dan yang terakhir, 

R.C
Yang ni pun salah satu favourite saya. Ada bau-bau seperti duduk di dalam hutan yang sejuk. Bau Eucalyptus ini sesuai kita gunakan di dalam rumah termasuk di tempat-tempat yang pengap untuk menghapuskan bau hapak. Saya gunakan waktu siang selepas home cleaning, terasa macam berada di spa alam semulajadi yang sangat segar yang dapat membantu pernafasan normal.

Bagi pendapat saya, penggunaan Essential Oil di musim pandemik ini bagus diamalkan kerana ia dapat menguatkan sistem imunisasi tubuh dan mengurangkan stress. 

Bagi sesiapa yang berminat nak cuba produk YL boleh cuba jenguk-jenguk profile IG;


HAPPY OILING!



Isnin, 23 Ogos 2021

SELAMAT HARI LAHIR, ANAKANDA.

Ini merupakan posting pertama saya since saya cuba berjinak-jinak dalam dunia blogger. Tak sangka blog saya dah wujud tanpa sebarang content sejak tahun 2018. Saya terlepas pandang dan betul-betul terlupa. Barangkali disebabkan faktor usia.  

Hari ini, Allah gerakkan hati saya untuk menulis kebetulan pula sama dengan tarikh hari lahir anakanda saya. Maka terhasillah posting yang tak seberapa ini. Mungkin juga dengan permulaan posting ringkas ini menjadi asbab untuk saya terus berkecimpung aktif dalam dunia blogger.

23 Ogos tarikh yang cukup istimewa. Tarikh yang dinanti saban tahun. Tarikh rasmi saya bergelar Mommy tatkala usia 24 tahun. Masih terlalu muda kata orang. Lazimnya sewaktu usia begini anak-anak gadis masih lagi berhempas pulas di menara gading atau mungkin juga gigih membina kerjaya tapi saya pula dah bergelar Mommy. 

Syukur atas rezeki yang dikurniakan. Antara tips menjemput rezeki ialah sentiasa bersyukur. Allah menjelaskan dalam al-Quran, bahawa adalakanya rezeki itu datang kerana sifat syukur. Manusia yang bersyukur akan sentiasa merasa cukup. Dikurniakan anak juga salah satu bentuk rezekiRezeki, jodoh, ajal telah ditentukan Allah SWT semasa kita berada dalam kandungan lagi. Walaubagaimanapun Allah SWT tidak menghalang kita sebagai manusia untuk berikhtiar, berusaha sebelum tawakal. Proud to be Mommy muda!

23 Ogos 2021, genap usia anakanda 15 tahun. Teringat kata-kata beliau tempoh hari, beliau bukan lagi kanak-kanak tapi sudah pun remaja. Spontan saya ketawa. Masa berlalu pantas. Terasa beliau masih kecil di mata saya. Naluri mak-mak kan. Sedewasa mana seorang  anak, mereka tetap kecil dimata seorang ibu. Sepanjang 15 tahun ini, pelbagai pahit manis, liku-liku kehidupan telah kami berdua hadap dengan tenang. Saya percaya anakanda saya cukup memahami apa jua situasi yang berlaku di persekitarannya. Bukankah pengalaman itu mematangkan seseorang?


Tahun ini masih berkesempatan untuk menyambut hari lahir beliau. Cuma sambutan pada tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Sambutan yang serba sederhana. Hanya kami berdua sahaja yang kebiasaannya dirai dengan keluarga besar di kampung, tetapi tiada rezeki tahun ini kerana kita masih lagi terikat dengan PKP. Situasi pandemik kini amat mencabar. Pandemik mengajar kita untuk jadi bersederhana dan bersyukur dalam segala hal. Sesungguhnya saya merindui kehidupan normal. Tapi apakan daya kita disaran untuk harus menerima budaya norma baharu dalam kehidupan seharian kita. Tanpa sedar, hampir 2 tahun pandemik melanda dunia kan?

Wajib ke sambut hari lahir? Salah ke kalau tak dirai? Terpulang pada pandangan masing-masing. Bagi saya ini adalah salah satu cara kita menunjukkan sikap berkasih sayang. Meraikan hari istimewa insan-insan penting seperti ibu bapa, suami, anak, keluarga mahupun teman-teman adalah tanda kita menghargai kewujudan mereka dalam kehidupan kita.

Apa perancangan tema hari lahir anakanda tahun ini? Tiada perancangan yang spesifik. Cukup sekadar acara potong kek, bergambar dan makan-makan bersama. Oh tak lupa juga membuat panggilan video pada keluarga besar di kampung untuk menceriakan suasana. Tidaklah janggal sangat. Walhal dah biasa candle-light dinner berdua.

Sempena genap 15 tahun usia anakanda, tiada yang lain diharapkan dari seorang yang bergelar Mommy untuk satu-satunya buah hati pengarang jantung. Tiada ucapan yang lebih indah, semoga anakanda saya dikurniakan akhlak yang baik, hati yang terang, kesihatan yang baik dan rezeki yang berpanjangan. Semoga segala doa, hajat dan impian anakanda dikabulkan Allah SWT jua.

 SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-15 MUHAMMAD FARHAN!



ANTARA UJIAN DAN TAKDIR