Alhamdulillah. Finally saya lengkap divaksinasi.
Sebagai seorang Tyrapanophobia tidak tenteram rasanya apabila membayangkan jarum suntikan. Ngeri! Kalau diberi pilihan, saya tidak mahu melalui fasa cucuk-cucuk jarum tapi apakan daya kita disaran untuk mengambil vaksin bagi tujuan perlindungan diri.
Apabila kerajaan membuat pengumuman agar semua rakyat Malaysia mendaftar dalam aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin, saya mungkin merupakan antara ribuan manusia yang ragu-ragu akan keberkesanan vaksin terhadap tubuh manusia. Tetapi itu tidak bermaksud saya menolak mentah-mentah untuk divaksin. Cuma pada waktu itu kita sering dimomokkan oleh pelbagai berita kesahihan kandungan dan kesan sampingan vaksin lantas ia sedikit sebanyak menimbulkan keraguan dalam diri.
Pengalaman Dos Pertama.
Setelah menunggu hampir 4 bulan selepas mendaftar, tanggal 20 Julai 2021 saya berjaya mendapatkan dos pertama Pfizer-BioNTECH di UiTM Private Specialist Centre, Sg. Buloh. Untuk pengetahuan semua, tarikh tersebut merupakan sambutan Hari Raya Aidiladha. Saya pula dengan penuh debaran menyambut raya haji dengan menerima suntikan vaksin.
![]() |
| UiTM Private Specialist Centre, Sg. Buloh |
Menurut rekod janji temu, saya perlu berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tersebut pada jam 11 pagi. Tepat jam 10.30 pagi saya tiba di lokasi. Mujur lokasi PPV lebih kurang 5km sahaja dari rumah. Jangkaan saya ramai orang pada hari tersebut, jadi perlu sampai awal untuk mengelakkan kesesakan dan sebagainya. Ternyata jangkaan saya meleset sama sekali, lokasi PPV ini tidak sesak dan pengurusan prosedur vaksin pun sangat teratur. Kawasan lot parkir juga turut disediakan. Pendek kata, perkhidmatan yang disediakan di PPV tersebut sangat selesa dan bersistematik. Anggaran masa untuk segala prosedur sangat pantas dan saya selesai divaksinasi tepat jam 11.30 pagi.
![]() |
| Borang Persetujuan Suntikan Vaksin |
Pengalaman Dos Kedua.
10 Ogos 2021 di lokasi yang sama, jam 11 pagi merupakan hari saya menerima dos yang kedua. Kebetulan tarikh itu hari cuti umum. Hari umat islam menyambut Awal Muharam yang merupakan permulaan tahun baharu dalam kalendar islam. Saya sampai di PPV tersebut tepat jam 11 pagi. Everything went well. Proses yang sangat teratur dan pantas. Saya selesai divaksin jam 11.30 pagi.
Kesan sampingan untuk dos yang kedua hampir sama dengan dos pertama. Cuma dos yang kedua ini saya mengalami sakit kepala yang agak kuat dan berlarutan selama 2 hari. Of course sakit di tempat yang kena jabbed lebih kurang 4 hari dan feeling sleepy again. Saya perbanyakkan minum air masak, mengambil supplement yang saya amalkan seperti biasa dan banyakkan rest. Rutin harian saya untuk seminggu adalah rehat dan tidur.
Terima kasih diucapkan kepada petugas barisan hadapan dan petugas sukarelawan di PPV UiTM Private Specialist Centre, Sg Buloh di atas layanan yang baik dan perkhidmatan yang diberikan.
![]() |
| THIS GIRL IS ON PFIZER! |
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan cintakan negara, marilah kita bersama-sama mendaftar untuk mengambil vaksin Covid-19 agar negara dapat mencapai imuniti kelompok kerana ianya bukan hanya dapat melindungi individu yang telah divaksin, tetapi juga melindungi orang di sekeliling kita.
Pengambilan vaksin ini adalah sebahagian ikhtiar untuk kita lindung diri daripada Covid-19, kuasa Allah SWT jua Yang Maha Menyembuhkan. Semoga virus Covid-19 lenyap dari muka bumi dan Malaysiaku segera pulih seperti sediakala.
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!



